Sunday, 5 June 2011

Matematik Part 2

x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x + 3 = 987
1234 x 8 + = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654 
1234567 x 8 + = 9876543
12345678 x 8 + = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And finally, take a look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321 
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=12345678987654321

Matematik

Keindahan matematik
1 x 8 + 1 = 9 12 x 8 + 2 = 98 123 x 8 + 3 = 987 1234 x 8 + 4 = 9876 12345 x 8 + 5 = 98765 123456 x 8 + 6 = 987654 1234567 x 8 + 7 = 9876543 12345678 x 8 + 8 = 98765432 123456789 x 8 + 9 = 987654321
1 x 9 + 2 = 11 12 x 9 + 3 = 111 123 x 9 + 4 = 1111 1234 x 9 + 5 = 11111 12345 x 9 + 6 = 111111 123456 x 9 + 7 = 1111111 1234567 x 9 + 8 = 11111111 12345678 x 9 + 9 = 111111111 123456789 x 9 +10= 1111111111
9 x 9 + 7 = 88 98 x 9 + 6 = 888 987 x 9 + 5 = 8888 9876 x 9 + 4 = 88888 98765 x 9 + 3 = 888888 987654 x 9 + 2 = 8888888 9876543 x 9 + 1 = 88888888 98765432 x 9 + 0 = 888888888
Hebatkan?
Dan cuba lihat simetri ini:
1 x 1 = 1 11 x 11 = 121 111 x 111 = 12321 1111 x 1111 = 1234321 11111 x 11111 = 123454321 111111 x 111111 = 12345654321 1111111 x 1111111 = 1234567654321 11111111 x 11111111 = 123456787654321 111111111 x 111111111 = 12345678987654321
Sekarang tengok ini

101%

Dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%? Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.
Jika: ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ Digambarkan sebagai: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
Jika: KERJA KERAS 11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%
H-A-R-D-W-O-R- K 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
Dan:
Knowledge 11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%
Serta
SIKAP 19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%
Dalam Bahasa Inggeris;
A-T-T-I-T-U-D-E 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%
Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.
Tapi
LOVE OF GOD 12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%
atau
SAYANG ALLAH 19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

Lebih Kuah Dari Lauk

          Dewasa ini terlalu banyak hiburan itu hiburan ini, perhimpunan itu perhimpunan ini yang dianjurankan oleh pelbagai pihak. Pihak media elektronik pula, terlalu kerap bahkan terlalu banyak program  berbentuk hiburan. Saban hari dan masa kita disogokkan dengan program samaada datang dari dalam atau pun luar negara. 
          Saya melihat ini merupakan gejala-gejala yang kurang sihat dan semakin banyak hal-hal yang melalaikan, menyebabkan manusia semakin alpa untuk mengingati Allah S.W.T.. 
           Segala bentuk hiburan dan permainan yang disertai oleh mereka menyebabkan kewajipan yang lebih utama dalam hidup sedikit sebanyak akan terjejas malah ada yang langsung mengabaikannya. Contohnya, menonton perlawanan bola sepak, badminton dan seumpamanya. Ini mungkin sebagai hobi sahaja tetapi semuanya ini mempunyai unsur-unsur melalaikan yang menjauhkan kita daripada mengingati Allah.
           Adakalanya, kita lalai dalam menjalankan tanggungjawab kepada Allah disebabkan kerja seharian kita. Contohnya sengaja melengah-lengahkan menunai solat dengan alasan kerja belum siap. Walaupun kerja kita yang menyebabkan kita begitu sibuk tetapi kita jangan sesekali melupakan Allah. Maksudnya, perintah Allah janganlah diabaikan disebabkan kerja itu.
           Sabda Nabi yang bermaksud,"Perumpamaan orang-orang yang ingat kepada Allah dan orang-orang yang tidak pernah mengingatiNya, adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati'. Hadis ini sudah cukup jelas memberi peringatan kepada kita sebagai hamba dan sentiasalah berwaspada dengan apa yang berlaku disekeliling kita.        

Ketepikan Ego Demi Kebaikan

          Meneliti paparan-paparan permasalahan dalam  masyarakat, organisasi dan rumah tangga pada masa kini menjadi-jadi yang berpunca daripada sifat ego manusia itu sendiri.
          Dalam rumahtangga contohnya, sesetengah suami dan isteri yang lebih kaya, lebih berpelajaran, lebih berpangkat, lebih berkedudukan daripada pasangannya, kadang-kala terlalu payah untuk bertolak ansur. Mereka sanggup bertelagah sehingga menyebabkan rumah tangga menjadi porak peranda, semata-mata kononnya mahu mempertahankan kehebatan dan keegoan diri.
          Sebagai isteri, jika mereka bos di pejabat, terhadap suami tetap juga menunjukkan sikap sebagai bos yang berwibawa, meskipun di rumah dan kadang-kala langsung tidak bertempat. Begitulah juga dengan sikap sesetengah suami yang langsung tidak mahu menerima pandangan dan pendapat isteri dalam pelbagai aspek, konon kerana dirinya lebih hebat daripada isterinya.
          Justeru, rumahtangga yang sekian lama terbina akhirnya terpesong jauh dari kebahagian yang diharapkan, meskipun atas dasar cinta. Mereka lalu mencari pelbagai punca bagi mengatasi masalah-masalah yang timbul. Dalam masa yang sama juga, mereka tidak pula mengakui kesilapan diri.
           Sedangkan dalam Islam, suami isteri tidak sepatutnya bersikap sedemikian. Rasulullah S.A.W.  sendiri dalam usaha melahirkan keluarga bahagia, tidak pernah memandang isteri dengan sebelah mata. Malah, segala pandangan dan nasihat yang baik dari isteri, didengar dan diikutinya. Begitulah juga dengan sikap isteri-isteri Rasulullah S.A.W. terhadap baginda.
           Antara contohnya, termasuklah sikap Rasulullah S.A.W.  terhadap Khadijah Binti Khuwailid. Apabila Khadijah menasihati baginda agar menemui bapa saudaranya, Waraqah Bin Naufal bagi mendapatkan pandangan berhubung peristiwa yang dialaminya di Gua Hira', Rasulullah S.A.W.
langsung tidak keberatan untuk menurutinya.
           Begitulah juga dengan Khadijah sendiri, meskipun berkedudukan sebagai tokoh korporat, apabila telah berumahtangga dengan Rasulullah S.A.W., beliau benar-benar meletakkan suaminya itu pada tempatnya. Hasilnya, ruamahtangga baginda sentiasa berada dalam suasana kebahagiaan.
           Jika Khadijah Binti Khuwailid yang begitu hebat boleh bersikap seperti itu, kenapa pula isteri-isteri umat Islam kini tidak boleh melakukannya?. Jika Rasulullah S.A.W. sanggup bersikap selunak itu terhadap isterinya, sedangkan permasalah yang dialaminya itu turut melibatkan persoalan berkaitan kenabian dan kerasulan, apalah sangat masalah-masalah yang dialami oleh suami-suami pada masa kini sehingga enggan mencontohinya?. Sama-samalah kita mengambil iktibar............... .
                
              

Salam Sering Dilupakan

          Setiap bangsa dan agama di dunia ini, mempunyai ucapan tersendiri untuk perkenalan sesama  mereka. Orang Cina terkenal dengan ucapan "Ni hou ma", orang India "Vanakam", orang Jepun "Haji me mashite", Ohayo gozaimas, Konnichiwa, Kombanwa", orang Inggeris atau barat "Hello", manakala bangsa-bangsa lain pula dengan ucapannya tersendiri.
          Dalam Islam, kita juga ada ucapan kita yang tersendiri iaitu ucapan "Salam". Salam merupakan satu perkara penting dalam Islam. Ia bukan ucapan perkenalan antara sesama Islam, tetapi juga sebagai lambang keIslaman seseorang itu serta lambang perpaduan umat Islam.
           Lebih jauh dari itu, ucapan perkenalan bangsa-bangsa lain di dunia ini adalah peniruan dari salam yang diperkenalkan oleh Islam. Hasilnya, bangsa-bangsa lain muncul dengan keunikannya tersendiri dan maju dengan peniruan itu sehingga dikagumi oleh bangsa-bangsa lain. Namun terdapat juga orang Islam yang turut meniru ucapan perkenalan bangsa-bangsa lain, terutama ucapan pengenalan orang Inggeris atau barat, bukan sahaja betemu dengan sesama Islam dari kalangan bangsa lain, malah dengan sesama bangsa sendiri.
          Patutkah kita selaku orang Islam bersikap seperti itu?. Sedangkan dalam Islam sudah ada ucapan pengenalan tersendiri. Adanya salam dalam Islam jelas melambangkan kesempurnaannya. Kita sepatutnya berbangga dengan ucapan salam yang diperkenalkan oleh Islam dan berbangga menjadi penganut Islam kerana Islam adalah agama yang sempurna dalam segala hal.
          Sebagi umat Islam, kita perlu faham dengan hakikat itu. Kita tidak sepatutnya malu dan enggan untuk membudayakan ucapan salam dalam kehidupan kita. Apatah lagi sehingga sanggup mengambil budaya orang asing untuk diamalkan dalam kehidupan. Sebaliknya, kita patut menjadikan amalan memberikan salam ketika bertemu sesama Islam sebagai budaya dalam hidup kita dan bukan hanya kepada orang yang kita kenali sahaja. Dengan itu, barulah perpaduan umat Islam semakin utuh, umat Islam menjadi maju, dikagumi bangsa-bangsa dan penganut agama lain di dunia ini. Sama-samalah kita renung-renungkannya dan beramal.