Saya melihat ini merupakan gejala-gejala yang kurang sihat dan semakin banyak hal-hal yang melalaikan, menyebabkan manusia semakin alpa untuk mengingati Allah S.W.T..
Segala bentuk hiburan dan permainan yang disertai oleh mereka menyebabkan kewajipan yang lebih utama dalam hidup sedikit sebanyak akan terjejas malah ada yang langsung mengabaikannya. Contohnya, menonton perlawanan bola sepak, badminton dan seumpamanya. Ini mungkin sebagai hobi sahaja tetapi semuanya ini mempunyai unsur-unsur melalaikan yang menjauhkan kita daripada mengingati Allah.
Adakalanya, kita lalai dalam menjalankan tanggungjawab kepada Allah disebabkan kerja seharian kita. Contohnya sengaja melengah-lengahkan menunai solat dengan alasan kerja belum siap. Walaupun kerja kita yang menyebabkan kita begitu sibuk tetapi kita jangan sesekali melupakan Allah. Maksudnya, perintah Allah janganlah diabaikan disebabkan kerja itu.
Sabda Nabi yang bermaksud,"Perumpamaan orang-orang yang ingat kepada Allah dan orang-orang yang tidak pernah mengingatiNya, adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati'. Hadis ini sudah cukup jelas memberi peringatan kepada kita sebagai hamba dan sentiasalah berwaspada dengan apa yang berlaku disekeliling kita.
No comments:
Post a Comment